Pages

Wednesday 25 January 2012

Muqaddimah

Bismillahi rahmani rahim permulaan bicara,
Assalamu'alaikum pembuka kata,
Salam sejahtera pada semua,
Apa khabar, antum sihat ka?

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi, kita masih lagi diberikan nyawa, diberi peluang untuk bernafas udara Allah ini. Berapa ramai yang kembali ke rahmatullah saban hari diatas berbagai sebab dan musabab seperti kemalangan, pembunuhan, penyakit malahan ada juga yang mati ketika tidur tanpa mengetahui sebabnya. Umur tua bukan tiket kematian, bayi yang berada dalam kandungan juga menerima risiko kematian apatah lagi yang muda, dewasa dan juga tua. kesimpulanya kita harus sedar sentiasa kematian boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Tambahan pada pemuda seperti saya sendiri, umur muda bukan masa untuk bersuka ria, lebih tepat lagi selagi mana nyawa dikandung badan, selagi itu tiada masa untuk berfoya-foya.

Saya memulakan penulisan ini untuk meluahkan segala apa yang terbuku di kepala. Ia juga memenuhi kerja saya sebagai seorang da'e untuk berdakwah dan saya memilih penulisan sebagai medium setakat ini memandangkan saya lemah dalam berbicara.

Penulisan saya mungkin banyak mengenai kehudupan sosial seorang remaja memandangkan saya berada didalam fasa tersebut. Ini termasuk segala pengalaman saya sebagai seorang pemuda islam. Saya bukanlah pemuda terbaik untuk berada dalam bidang ini, tapi saya akan cuba yang terbaik untuk berkongsi segala ilmu dan pengalaman dan semoga ia bermanfaat untuk saya dan semua pembaca.

Moga Allah menilai usaha saya yang secebis ini untuk mencapai redhaNya. Segala yang baik itu datang dari Allah selaku yang Maha Sempurna dan yang kurang dari saya insan yang lemah. Maka sama-sama kita pohon ampun dari rabb kita segala kekurangan yang kita lakukan. Sekian saja dari saya setakat ini, jumpa lagi di dalam entry yang seterusnya.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

San Shaf