Pages

Friday 30 November 2012

First breath of 20th age.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Alhamdulillah,

30 November 2012, genap 20tahun usiaku.(Mengikut kalendar masihi)
Sebagai pelaku dosa, aku dikurniakan nyawa untuk bertaubat kepada-Nya.
Selaku hamba, aku diberi nyawa untuk terus mencari redha-Nya.
Memikul tanggungjawab seorang pemuda, aku dianugerahkan nyawa untuk bekorban demi agama-Nya.
Ya Allah, bantulah hambamu ini mencari taqwa dan cinta Mu yang Agung. Amin.

To my mother, thanks for giving me birth. I love you even if I never said in front of you. You always be in my dua.


~SanShaf~

Sunday 25 November 2012

End of semester 5.

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa kesyukuran terhadap Allah swt,
tamat sudah semester 5 diploma radiography di UniKL RCMP.
Penuh dugaan dan cabaran yang aku tepuhi selama 2 tahun setengah disini.
Dengan penuh perasaan memberontak dalam hati.
Tak tau kenapa tak boleh nak buat perasaan negatif tu. Dah banyak kali cuba, namun tidak kesampaian.
Perasaan tu terus subur, ditambah pula dengan semangat nak sambung cita-cita.
Tak sabar rasanya nak tamatkan pelajaran dan lupakan radiography nih.

btw semester 6 nanti praktikal di Pulau Pinang. Ya Allah tempat tu sangat tinggi kos hidupnya. Macam mana la survive kat sana nanti. susah nak cari rumah murah.
Moto pulak buat hal. nak kene hantar servis. makan duit lagi ergh.
Betul2 lepas final exam moto rosak, dan sekarang tersadai di rumah sewa classmate. tumpang jap sementara tunggu moto dibaiki. thah bila.

Sementara cuti 'semester break' banyak kerja2 JPM yang perlu disiapkan.
Masa tu letak jawatan dah dekat. Aku jadi program director. Agak susah kot dah la program formal gila.
pastu ada program berakit 1UniKL. Dapat pergi lagi kali ni excited gila wey!
Taun lepas g best kot. hehee..

Then taun depan masuk semester 6. Bahu dah ringan sikit masa tuh, da jadi ex-JPM. kerje da takde :D
Mungkin nak fokus melukis sepanjang masa kot hehee. Lama tak melukis. Nak asal balik kemahiran ni, lepas grad nnti boleh sambung InsyaAllah.

Tu je kot nak bebel. Saja taip bagitau satu dunia hahaa.
kbye.
Thanks for wasting your time reading.
SanShaf

Saturday 28 July 2012

Masa~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Apa khabar semua sidang pembaca?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

Salah satu ciri peribadi muslim yang diharapkan umat adalah bersungguh-sungguh menjaga masa. Masa yang kita lalui hanya akan memberi makna dalam kehidupan sekiranya kita memanfaatkannya dengan jalan kebaikan. Hanya muslim yang memiliki kejelasan matlamat hidup akan menyedari betapa pentingnya masa dalam kehidupannya dan akan menghargai masa tersebut semaksima mungkin.

Mengurus masa adalah masalah klasik yang sentiasa dihadapi oleh siapapun yang ingin selalu lebih produktif, efektif, sekaligus lebih efisien. Sayangnya kita sering membuang masa ketika membicarakan kepentingan masa. Ramai kalangan kita terkadang melalaikan nikmat masa dan waktu yang ada pada diri kita sehingga kita tidak memanfaatkan sepenuhnya. Kemudian kita mengeluh: “Saya tidak cukup masa.”
Nikmat Yang Dilupakan

Rasulullah SAW bersabda:

“Dua nikmat yang sering disalahgunakan oleh manusia adalah kesihatan dan masa yang terluang.” (HR Bukhari)


Peringatan Rasulullah SAW ada benarnya. Keperluan kita dalam mengurus masa dengan bijak amatlah penting. Masakan tidak, Iman Hasan Al Banna ada menyebut:
“Kewajipan dan tanggungjawab yang harus kita laksanakan lebih banyak dari masa yang kita miliki.”

Hanya muslim yang memiliki visi dan misi kehidupan yang jelas sahaja memahami apa yang dimaksudkan oleh Imam Hasan Al Banna. Berbanding kepada muslim yang ada banyak masa untuk membuang masa. Pernahkah anda merasa sibuk sepanjang hari tetapi kemudian pulang dengan perasaan tidak mengerjakan apa-apa? Itulah sesungguhnya yang dimaksud membuang masa di mana kita melakukan sesuatu yang justeru tidak ada atau sedikit maknanya dibanding masa yang telah digunakan.

Ingatlah bahawa masa adalah sumber daya yang paling berharga yang tidak mungkin dapat digantikan semula tatkala ia berlalu dengan sia-sia. Banyak membuang masa atau menggunakan masa dengan perkara sia-sia adalah petanda hati kita sakit dan membawa kepada keburukan.

Imam Ibnu Qayyim pernah berkata:

“Salah satu bentuk mensia-siakan kehidupan adalah mensia-siakan hati dan masa. Mensia-siakan hati bererti lebih mementingkan dunia dari akhirat. Sementara mensia-siakan masa adalah dengan banyak berangan-angan. Oleh kerana itu maka terkumpullah semua kerosakan dengan mengikuti hawa nafsu dan tinggi angan-angan. Sementara seluruh kebaikan terbina dalam diri saat mengikuti petunjuk dan bersiap untuk bertemu dengan Allah.”
Dr. Yusof al-Qaradhawi ada berkata:
“Salah satu tanda celaka adalah dengan mensia-siakan waktu. Siapa yang hari ini masih seperti kelmarin, maka ia golongan yang rugi, sedangkan siapa yang hari ini lebih buruk daripada semalam, maka ia menjadi orang yang terlaknat. Barang siapa yang melewatkan satu hari dari usianya bukan untuk melaksanakan kebenaran atau melaksanakan kewajipan atau kemuliaan yang ia wariskan atau kebaikan yang ia dapatkan atau kemuliaan yang ia usahakan atau ilmu yang ia raih, maka ia telah mensia-siakan masa dan menzalimi dirinya.”


Apakah kita memahami kata-kata ulama yang hebat ini. Ternyata mereka begitu tegas dalam menasihatkan kita agar menghargai masa dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Bermanfaat yang bagaimana?

Muhasabah Masa Yang Berlalu

Ibnu Qayyim berpesan dengan begitu tuntas membicarakan bagaimana memanfaatkan masa dalam kehidupan:

“Barang siapa yang masanya digunakan untuk Allah dan dengan Allah, bererti masa itu menjadi kehidupan dan umurnya yang sebenar. Jika digunakan untuk selain itu, maka masanya itu tidak dihitung sebagai sebahagian dari kehidupannya, ia hidup seperti haiwan. Juga ketika ia menggunakan masanya dalam kelalaian, kelupaan dan dalam angan-angan kosong. Perkara mensia-siakan waktu yang paling baik adalah dengan tidur dan tidak bekerja. Maka kematian orang ini lebih baik baginya dari kehidupannya.”

Ambil masa seketika untuk muhasabah sebentar akan masa-masa yang berlalu. Bagaimanakah kita menggunakan masa yang dipinjamkan Allah kepada kita. Ternyata begitu banyak rupanya masa kita berlalu dengan sia-sia.

Dalam satu kajian statistik yang dijalankan oleh sebuah pusat latihan pengurusan organisasi mendapati bahawa:

27% orang terlambat datang dari waktu kerja rasminya
21% balik ke rumah sebelum waktu kerja rasminya tamat.
29% sengaja melambat-lambatkan kerjanya tanpa alasan yang kukuh
27% malas menyelesaikan kerjanya
20% menghabiskan masa bersantai-santai dengan teman sekerjanya di waktu pejabat
62% banyak berbicara hal-hal peribadi

Apa maknanya statistik di atas? Banyaknya masa yang bocor dengan perkara yang tidak bersangkutan dengan urusan kerja. Apakah pekerja-pekerja di atas jujur dan amanah dengan majikan dan amanah dengan masa? Bagaimana dengan amanah dan kejujuran kita kepada Allah SWT. Sedangkan masa yang kita gunakan itu adalah anugerah dan milik Allah.

Fenomena Membuang Masa

Membuang masa adalah lawan kepada memanfaatkan masa. Time wasters adalah penggunaan masa tanpa menghasilkan manfaat samada jangka pendek mahupun jangka panjang. Dengan kata lain apabila kita bertindak tanpa memikirkan manfaat dan kebaikan yang kita dapat, sesungguhnya waktu kita terbuang dengan sia-sia sahaja. Orang yang suka membuang waktu belum mempelajari nilai kehidupan.

Fenomena membuang masa dan tidak menghargai masa akan memberi kesan kepada penurunan produktif seseorang dan sesebuah organisasi. Apa yang berlaku dewasa ini ialah penyakit lambat yang menular di tempat kerja. Fenomena lambat menghadiri mesyuarat, lambat memulakan sesuatu majlis dan lambat menyiapkan tugasan. Budaya lambat ini adalah gambaran kemalasan dan kelembapan dan biasanya budaya inilah yang membantutkan kemajuan. Lihat sahaja apa yang berlaku di pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta. Amat susah untuk melihat sesuatu mesyuarat dimulakan tepat pada waktunya. Ada sahaja alasan yang diberikan untuk menghalalkan kelewatan. Dan ia amat malang sekali jika kelewatan itu berpunca daripada sikap ketua yang tidak prihatin. Malah ada sesetengah tempat, masa yang tercatat sengaja diawalkan kerana sudah sedia maklum pasti akan berlaku kelewatan. Sikap inilah yang menyebabkan lahirnya perumpamaan ‘janji Melayu iaitu janji yang sukar untuk ditepati.

Makin dukacitanya lagi apabila dalam urusan pengurusan dakwah dan tarbiyah juga berjangkit penyakit tidak amanah dan menghargai masa. Lambat hadir ke mesyuarat dakwah dan lambat hadir ke halaqah mingguan sedangkan Islam bicara tentang amanah, kejujuran dan profesionalisme dalam kerja dakwah dan tarbiyah.

Masa dalam masyarakat yang maju sangat bernilai. Bangsa Jepun, Jerman dan Yahudi sudah terkenal dengan sikap ambil berat mereka terhadap masa. Di Jepun kelewatan beberapa saat menyebabkan seseorang tertinggal keretapi. Di Jerman pelajar dan pensyarah universiti masuk ke dewan kuliah lebih awal dari waktunya. Manakala di Israel, bangsa Yahudi diajar mengejar masa agar matlamat mereka menakluki bumi Palestin tercapai.

Besar impaknya ke atas diri seorang sekiranya dia tidak amanah dan tidak menghargai masa yang ada dalam kehidupannya. Kata Ibnu Jauzi orang yang membuang masa adalah orang yang tidak memiliki akal. Orang yang berakal katanya adalah orang yang mengetahui bahawa dunia tidak digunakan untuk bersenang-senang. Orang yang berakal, ia amat berhati-hati dalam menggunakan waktu dalam setiap kesempatan.

Belajar Dari Ulama Salaf

Kalam akhir, ayuh kita perhatikan bagaimana integriti ulama salaf terhadap masa dan kehidupannya, semoga ianya menjadi ibrah dan ikhtibar buat kita bersama. Antaranya kita belajar dari Abdullah bin Mubarak. Suatu hari beberapa orang berkata kepada Abdullah bin Mubarak “Ketika engkau telah menunaikan solat, mengapa engkau tidak duduk bersama kami?

Dia menjawab, “Saya pergi untuk duduk bersama para sahabat dan tabi’in”. Mereka bertanya, “dimana mereka?”. Dia menjawab, “Saya pergi lalu membaca kitab kitab, maka saya mengetahui amal amal dan keteladanan mereka. Apa yang boleh saya lakukan bersama kalian? Sementara kalian hanya duduk membicarakan aib orang lain.”

Seorang doktor mendatangi Abu Bakar al-Anbari dalam keadaan sakit parah. Doktor melihat urine Abu Bakar, kemudian berkata, “Anda telah melakukan (sewaktu masih sihat dan kuat) sesuatu yang tidak dilakukan oleh siapapun.” Lalu doktor menemui keluarganya dan berkata kepada mereka, “hampir tidak ada harapan (doktor pesimis terhadap kesembuhan penyakitnya).” Lalu keluarganya menemui Abu Bakar dan menyampaikan ulasan doktor kepadanya dan bertanya, “Apa yang dahulu anda lakukan?” Abu Bakar menjawab,” Saya menelaah dan membaca setiap minggu sepuluh ribu lembar.” Masya Allah, ternyata masa yang beliau miliki dipenuhi semaksimanya dengan menuntut ilmu.

Ibn ‘Uqail Al-Hambali berkata,

“Tidak halal bagiku untuk mensia-siakan sesaat saja dari umurku, sehingga apabila lisanku telah lelah membaca dan berdiskusi, mataku lelah membaca, maka aku menggunakan fikiranku dalam keadaan beristirehat (berbaring diatas tempat tidur). Aku tidak berdiri, kecuali telah terlintas di benakku apa yang akan aku tulis. Dan aku mendapati kesungguhanku belajar.


Amir bin Abdul Qais melewati orang-orang pemalas dan menganggur. Mereka duduk berbincang bincang tanpa arah. Mereka berkata kepada Amir,

“Kemarilah! Duduklah bersama kami” Amir menjawab,” Tahanlah matahari agar ia tidak bergerak, baru saya akan menyertai perbincangan kalian.”


Imam Al-Muzani (salah seorang murid Imam Syafi’i) berkata,

” Saya membaca kitab Ar-Risalah (kitab ushul fiqh pertama karangan Imam Shafie) sebanyak 500 kali, setiap kali membacanya saya sentiasa menemukan ilmu yang baru.”


Az-Zarkasyi, saat remajanya berhasil menghafal kitab “Minhajuth Thalibin” karya Imam Nawawi (4 jilid besar), sehingga ia dijuluki dengan “Minhaj”.

Fudhail bin Gazwan berkata,

“Aku pernah duduk duduk bersama Ibnu Syubrumah dan beberapa sahabat lainnya, pada suatu malam kami berdiskusi (muzakarah) tentang fekah. Lalu kami sama sekali tidak berdiri hingga mendengar kumandang azan subuh.”


Wallahu’alam.

Moga-moga kita mendapat iktibar dari peringatan ringkas ini.insyaAllah.


Dipetik Dari:
HASIZU - Apa Yang Anda Faham Tentang Masa?