Pages

Saturday, 28 July 2012

Hati~



Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Ukhuwah Mahabbah, Buat sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Segala puji hanya selayaknya bagi Allah, Rabbul Wadud, Rabb Pemilik Segala Kecintaan, dan Dialah Pemilik Segumpal Darah yang berada di dalam tubuh seorang insan bernama hamba iaitu Hati Nurani. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Hanya kepadanya kita panjatkan setinggi2 kesyukuran kerana masih diberi kesempatan untuk menjadi hamba yang sedar kerana tidak semua manusia menyedari hakikat nikmat ini, lalu mereka menjadi hamba yang begitu sombong dan angkuh dengan bahana kecintaan terhadap dunia yang begitu dusta. Semoga kita tidak bersama golongan 2 ini, insha’Allah,amin. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan Umat, Rasulullah saw, kekasih pilihan Allah yang begitu unik, merupakan suri teladan seluruh umat sepanjang zaman. Assalamua’laika, Ya Rasulullah.

Saya mendoakan agar, sidang pembaca sekalian sentiasa berada dalam keadaan sejahtera, disejahterakan, dan mensejahterakan, kerana sesungguhnya Islam itu bermula dari perkataan ‘salam’, iaitu sejahtera. Maka, sesiapa yang berada di dalamnya dan mengikuti jalan hidup seperti mana yang dianjurkan olehnya akan sentiasa disejahterakan oleh Rabb Yang Mensejahterakan (As-Salam).
Sesungguhnya sabda Rasulullah saw:

Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Ketahuilah kamu bahawa ia adalah hati

Pada hari ini, ingin saya berkongsi sedikit ilmu Allah bersama sidang pembaca sekalian mengenai Pembahagian Hati.

Pertama: Hati Yang Sihat

Hati yang sihat, iaitu hati yang bersih yang seorang pun tidak akan mampu selamat pada hari kiamat kecuali jika dia datang kepada Allah dengannya. Mafhumnya:

“(iaitu) di hari harta dan anak-anak lelaki tiada lagi berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.” ::As-Syuara’: 88-89::

Qalbun Salim iaitu hati yang bersih dan selamat dari berbagai unsur syahwat yang menyalahi perintah dan larangan Allah, bersih dan selamat dari berbagai-bagai syubhat yang bertentangan dengan beritanya.

Kedua: Hati Yang Mati


Hati yang mati, tidak ada kehidupan di dalamnya. Ia tidak mengetahui Rabbnya, tidak menyembah dan menunaikan haknya sebagai seorang hamba dengan sebenar-benarnya. Ia bahkan selalu tunduk dan akur kepada hawa nafsu dan kelazatannya. Oleh itu, dia akan dimurkai dan dibenci Allah maka hatinya menjadi kosong, tiada tempat bergantung, dan kehidupannya begitu jauh dari landasan kebenaran. Namun, dia tidak memperdulikan semua itu, asalkan mendapat apa yang diinginkannya, tidak kira sama ada, perkara itu diredhai Allah atau sebaliknya. Ia mendambakan cinta selain Allah dalam cinta , takut, harap, redha dan benci, pengagungan dan kehinaan. Hawa nafsu membuatnya buta dan tuli selain dari kebatilan.Dalam realiti dunia pada hari ini, kita dapat melihat dengan mata sendiri, apabila hati manusia telah mati, maka, mereka mencari cinta-cinta lain selain cinta Allah, seperti cinta kepada harta dan pangkat juga manusia. Lalu, rasuah dan dengki-mendengki menjadi makanan yang semakin menghancurkan hati. Hidup tiada ketenangan, resah akan kehilangan harta yang dimiliki, saling jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain. Dan akhirnya, bunuh diri menjadi satu titik pengakhir semua permasalahan. Maka, sebenarnya, kita menambahkan masalah atas masalah.  Hal ini berlaku apabila hati manusia telah mati dan sudah tidak mengenali fitrahnya sebagai seorang hamba.

Maka, berkawan dengan insan-insan yang memiliki hati seperti ini adalah penyakit, bergaul dengannya adalah racun dan menemaninya adalah kehancuran.

Ketiga: Hati Yang Sakit

Hati yang hidup, tetapi cacat. Ia memiliki dua material yang saling tarik menarik. Ketika ia menang di dalam pertarungan itu, maka di dalamnya terdapat kecintaan kepada Allah, keimanan, keikhlasan dan tawakal kepadaNya. Namun, di dalamnya juga terdapat kecintaan lain, iaitu cinta kepada hawa nafsu, keinginan dan usaha keras untuk mendapatkannya, dengki, takabbur, bangga diri, kecintaan, berkuasa dan membuat kerosakan di bumi, itulah material yang menghancurkan. Ia senantiasa diuji 2 penyeru:

1)     1)  Menyeru kepada Allah swt dan rasul serta hari akhirat.
2)     2)  Menyeru kepada kenikmatan sesaat.

Allah menjelaskan ketiga-tiga jenis hati ini di dalam firmanNya yang bermaksud:

“Dan tidaklah Kami mengutuskan sebelummu seorang Rasul atau seorang Nabi melainkan apabila dia bercita-cita (supaya kaumnya beriman kepada agama Allah yang dibawanya), maka Syaitan pun melemparkan hasutannya mengenai usaha Rasul atau Nabi itu mencapai cita-citanya; oleh itu, Allah segera menghapuskan apa yang telah diganggu oleh Syaitan, kemudian Allah menetapkan ayat-ayatNya dengan kukuhnya dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana(52). (Yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan Syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka dan yang hatinya keras membatu dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran(53). Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.(54)” (Surah Al-Hajj)

Oleh itu wahai sahabat2 ku sidang pembaca sekalian,

Marilah kita sama2 memelihara kesihatan hati, agar kita tidak memiliki hati yang mati. Sentiasa berwaspada dengan bisikan-bisikan halus syaitan agar kita tidak terjerumus ke lembah kehinaan. Sesungguhnya syaitan itu begitu licik menggoda hati manusia, kadangkala kita tidak sedar bahawa kita telah jauh dari landasan Islam. Oleh itu, marilah kita sentiasa kembali kepada Allah swt, setiap saat dan setiap waktu serta jangan biarkan jiwa kita selesa  dengan maksiat dan mula meninggalkan ibadah-ibadah2  meskipun ibadah sunat. Hal ini disebabkan, apabila kita mula meninggalkan kebaikan sedikit demi sedikit, maka, kita akan lebih dekat dengan maksiat @ keburukan. Akhirnya, dari hati yang segar, ia mula berpenyakit, lalu ia mula merebak dan akhirnya mati. Sungguh hina dan rugi sekali apabila kita mati dalam keadaan kita  tidak dapat mengucapkan syahadah. Kita tidak kenal siapakah Allah..Nauzubillah. Lalu, mari kita melihat bagaimana tips untuk memelihara kesihatan hati:

1)      -Bacaan Al-Quran dengan tadabbur: menghayati & memahami tuntutan ayat yang dibaca.
2)     - Perut yang kosong: tidak sentiasa dipenuhi makanan sepanjang masa.
3)     -Ibadah di malam hari : Qiyamullail.
4)     -Merendahkan diri di hadapan Allah pada waktu sahur (dinihari) : taubat & munajat.
5)     - Sentiasa mendekatkan diri di Taman2 Syurga: Majlis2 Ilmu

Sesungguhnya banyak lagi amalan2 yang dianjurkan oleh Islam sebagai langkah untuk menghindarkan diri dari memiliki hati yang berpenyakit dan hati yang mati. Oleh itu, marilah kita bersama2 menjaga kesihatan hati (roh) seperti mana kita begitu berhati2 menjaga kesihatan jasad dengan sentiasa melakukan Tazkiyatun Nafs (penyucian diri) iaitu amal soleh serta ketaatan yang jitu kepada Allah swt & RasulNya.. Wallahua’lam. Akhir kata ingin saya tutupi bait2 kalimah ini dengan sebuah doa:

“Ya Allah, Perbaikilah agama kami yang merupakan jalan penyelesaian segala masalah kami. Perbaikilah dunia kami yang menjadi penegak kehidupan kami dan perbaikilah akhirat kami yang akan menentukan akhir kesudahan kehidupan kami. Ya Allah, anugerahkanlah kami rezeki taqwa yang memperbaiki amalan dan akhlaq kami. Kami memohon rasa takut terhadap kemurkaanMu, mengharapkan keredhaanMu, dan selalu bergantung pada limpah rahmatMu. Anugerahkanlah kami rezeki  taqwa dalam sembunyi sebelum terang-terangan. Janganlah hinakan kami dengan bermaksiat kepadaMu. Jadikan kami cenderung dalam melaksanakan kebaikan serta membawa kebaikan terhadap seluruh insan. Wahai Rabb yang membolak balikkan hati, tetapkanlah kami di atas deenMu. Kabulkanlah wahai Dzat Yang Paling Rahim”





Dipetik dari:
-Muhasabah Diri: Di Mana Kedudukan Hatiku-
(Syafiyah Adzahar)
Rujukan:
Penulisan Saudara Umar Aiman Osman
Buku bangunlah Anak-Anakku (Ummu Anas)

Semester 5 Tahun 3

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah,
setelah bejaya menempuh 2 tahun belajar di UniKL RCMP, kini saya di tahun ke-3, tahun terakhir.
Kini di semester 5, jadual pembelajaran agak berbeza sedikit kerana saya perlu hadiri sesi praktikal di hospital selama 12 minggu.
Oleh sebab itu, kelas hanya berlangsung selama 3 minggu. Pada asalnya di sem5 hanya perlu ambil 5 subjek, tapi saya ada repeat 1 paper, 4 credit hour pulak tu. So paper kali ni banyak dari orang lain. Tapi takpelah total credit hour masih dikira sedikit, 16 credit hour je.

Pape pun, oleh sebab kelas hanya 3 minggu, assignment kesemua subjek perlu dihantar sebelum pergi ke sesi praktikal  (O.O) !! agak pack bukan?
Saya ni dah la jenis memang malas nak buat assignment. Ye lah kan, bidang yang kita tak minat biasalah.
Tapi InsyaAllah akanku usahakan yang terbaik. Azam baru nih. Kalau tak tamatkan dengan result yang elok, jenuh nak bayar MARA.
Kerja2 JPM dan sebagainya terpaksalah dikurangkan, berikan pada ajk2 lain sekejap. Time praktikal nanti boleh la sambung balik. Kerja kurang just pergi praktikal je ^^.

Anyways, wish me the best.
Thats all. ≧=ʘ‿ʘ=≦
Assalamu'alaikum..

Yang benar
San Shaf

Kehidupan dan Kita


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sesaat berlalu pergi, seminit meninggalkan kita, sejam lupakan kita.
Setiap pemergian mereka melakar sejarah kehidupan kita.
Kehidupan dan masa saling berkaitan. Hakikatnya masa itu kehidupan.
Terdapatnya masa kita didunia dengan kehidupan.
Apabila tamatnya kehidupan kita, maka tiadalah masa lagi untuk kita.

Dari detik ruh kita dihembuskan Allah kedalam rahim ibu kita hingga ke saat ini, kita telah lalui beberapa banyak fasa kehidupan.
Dari kehidupan kita belajar erti pengalaman, nikmat, dan sebagainya.


Namun pernahkah terdetik dari siri kehidupan kita, mengapa kita dihidupkan?
Pernahkah terfikir apa kita perlu buat semasa hidup didunia?
Pernahkah kita terlintas dari mana kita datang?
Kenapa kita hidup?
Kemana pula kita pergi setelah mati?
Pernah? mesti pernah kan? atau tidak?


Hakikatnya kita dihidupkan bertujuan.
Kita datang dari tempat yang satu.
Kita di sini mempunyai matlamat yang satu.


Dari mana kita datang?

“Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sabaik-baiknya.” ::Nuh71;17::

“Kemudian Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati(berasal) dari tanah” ::AlMu’minun23;12::

“..Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat” ::AsShaffat37;11::

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering(yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk" ;;AlHijr15;26::

“Dia mencipta manusia dari tanah kering seperti tembikar” ::ArRahman55;14::

“Dari bumi(tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan

kamu pada kali yang lain” ::Thaha20;55::

“..maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada tanah..” ::AlHajj22;5::

"sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali" ::AlBaqarah2;156::

Sesuatu itu tidak akan wujud tanpa pencipta.
Sebuah kereta itu tidak akan muncul dengan sendirinya tanpa bahan-bahan mentah, tanpa sebuah kilang yang membuatnya dan tanpa

seseorang yang menciptanya.
Maka dari analogi tersebut kita boleh kaitkan dengan kehidupan kita.
Bahan-bahan mentah itu umpama tanah, kilang itu diumpamakan rahim ibu kita dan orang yang mencipta kereta itu umpama sebuah kuasa

yang mencipta dan merancang kejadian kita.

Maka berdasarkan ayat-ayat alQuran tersebut, terungkailah persoalan kita dari mana kita datang.
Ia bermula dengan kisah Allah mencipta Nabi Adam dari tanah, kemudian kejadian Hawa dari rusuk kiri Adam yang paling bengkok.
Dan kemudian bermula kisah didunia pabila mereka diturunkan ke bumi oleh Allah swt.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Namun timbul pula persoalan, kenapa Adam dan Hawa diturunkan?
Maka disini ia berkaitan dengan teori 'Cause and Effect'. Apa kaitannya?

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." ::AlBaqarah2;30::

Berdasarkan ayat 30 surah alBaqarah tersebut, terjawablah persoalan kita mengapa Adam dan Hawa diturunkan ke bumi Allah.
Kisah buah larangan adalah pengajaran pertama pada kita bahawa melanggar perintah Allah menyebabkan kita di'denda' dengan 'azab Allah.
Menjadi Khalifah(penganti) Allah bukan bererti kita mengambil kerja-kerja Allah, tetapi kita mentakbir dunia seiring dengan apa yang Allah

mahukan iaitu dengan Islam.

"Dan Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah Aku" ::AzZariat51;56::

Dalam tujuan kita mentadbir dunia dengan Islam, kita dijadikan dengan satu tujuan.
Apa pula makna menyembah? Dalam erti kata lain mengabdikan diri atau menyerah diri.

*Saya bukanlah pakar dalam bidang ini, namun saya mahu berkongsi kefahaman saya*

Apa yang saya faham disini, kita dijadikan untuk beribadah sepenuhnya setiap masa pada Allah swt.
Ingat, ibadah bukan ibadah khusus sahaja. Islam bukan sekadar agama tetapi ia adalah Deen(cara hidup).
Islam itu syumul(sempurna). Semua perbuatan kita dari tidur hingga tidur semula ada dalam Islam.
Jadi maksudnya disini kita diturunkan untuk beribadah dari kita bangun tidur hinggan tidur semula. Tidur itu juga adalah ibadah.
Bagaimana? untuk beribadah kita perlukan Ilmu. Adakah kita telah punyai Ilmu tersebut?
Dari situlah kita perlu rajin bertanya dan belajar. Belajar ilmu Agama Islam adalah Fardhu Ain bagi setiap Muslim ingat tu.
Belajar dan bertanya pula biarlah pada orang yang betul kerana ramai orang pada masa kini kelihatan berilmu tetapi hakikatnya dia sesat lagi

menyesatkan.
Jangan tanya dan berguru pada seorang sahaja, tetapi tanyalah pada ramai murabbi supaya kita mendapat kesahihan.
Kata-kata dari banyak kepala lebih dipercayai jawapannya bukan begitu?
Banyak lagi yang ingin saya rungkaikan namun rasanya ia sedikit lari dari tajuk kali ini.

Dalam beribadah, kita perlu faham sefaham-fahamnya maksud ibadah itu sendiri.
Ibadah bukan sahaja dimasjid, berbuat baik, dan sebagainya, namun kita harus faham bahawa meninggalkan maksiat dan dosa itu sendiri

adalah ibadah.
Apa guna dalam mengejar pahala kita melakukan dosa. Saya umpamakan kita berlari di tengah panas sambil minum air.
Dalam nak menghilangkan dahaga, kita lakukan perkara yang membuat kita dahaga. Apa guna betul tak?
Dalam sibuk mencari pahala kita lakukan perkara yang menghakis pahala itu sendiri. Ianya sia-sia.
Ibadah perlulah sempurna barulah diterima Allah dan mencapai apa yang Allah mahukan.
Sekali lagi jika hendak ibadah yang sempurna, kita perlukan ilmu dan amalkannya.

Tetapi ingat, Imam Syafie ada mengatakan:
‎"Ilmu itu adalah cahaya dan cahaya itu tidak akan menyimbah di hati orang-orang yang melakukan maksiat"

Jadi perkara pertama yang perlu dilakukan adalah tinggalkan maksiat. Tinggalkan segala yang dilarang Allah. Tinggalkan segala yang

mendatangkan dosa.
Barulah hidup ini berkat betul? ;)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan yang terakhir, kemana kita akan pergi setelah mati?

Sentiasa beringatlah bahawa kehidupan kita bukan setakat disini(dunia) sahaja.
Dengan segala tujuan kita hidup dan diturunkan, mana mungkin mati sebagai penutup.
Kita wajib beriman dengan kehidupan sesudah mati.

“Kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu(daripadanya pada hari kiamat) dengan sebenar-benarnya”

::Nuh71;18::

Seperti yang semua anda ketahui, setelah matinya seorang Muslim, dia akan dikebumikan di dalam tanah.
Di situlah bermulanya alam kubur, alam barzakh.
Setelah lengkapnya perjalanan dari rahim seorang ibu, lahir didunia dan kemudian di alam barzakh sebelum ke padang Masyar penentu ke

Syurga atau Neraka.

Di alam kuburlah bermula kehidupan yang sebenarnya.
Kehidupan yang ditentukan berdasarkan amalan dan bekalan yang kita sediakan semasa hidup di dunia ini.
Di sana kita akan berdepan dengan fitnah (ujian) yang dahsyat.
Berdepan dengan soalan dua malaikat yang ditugaskan.
Tiada siapa yang mampu menolong kita melainkan rahmat Allah s.w.t yang diperolehi dengan ketaatan dan pengabdian diri kepadaNya.

Alam kubur juga boleh menjadi salah satu taman-taman di Syurga Allah jika penghuninya dari kalangan orang2 yang soleh.
Namun ia juga boleh menjadi salah satu lubang-lubang Neraka jika dihuni oleh orang-orang yang zalim dan kafir na'uzubillah.
Saya bukan mahu bercarita panjang tentang kehidupan di alam kubur tetapi hanya sebagai peringatan pada kita semua.

Rasulullah saw ada bersabda mafhumnya:
"Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati." ||Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya||

Setelah kita dibangkitkan, semua umat manusia dari zaman Nabi Adam as sehinggalah umat akhir zaman akan dikumpulkan di padang Masyar

dimana amalan kita akan diperhitungkan.
Segala perbuatan kita akan didedahkan. Tiada aib dan hijab ketika itu. Maka beruntunglah orang-orang yang beriman pada Allah swt. Yang

membenarkan segala kata-kata Rasulullah kerana pada hari kejadian tiada bantuan selain Rahmat Allah dan Syafaat Rasulullah.
Setelah amalan diperhitungkan maka bermulalah kehidupan kekal abadi kita sama ada di Syurga mahupun Neraka na'uzubillah.
Amat beruntunglah orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Celakalah orang-orang yang mendustakan.

Allahu'alam.
Akhir kata saya mohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan.
Segala yang lemah itu datang dari hambaNya yang dhoif ini dan yang benar semuanya dari Allah swt.
Setinggi-tinggi pujian pada Ilahi Yang Maha Mengetahui.
Semoga usaha kerdil ini diterima Allah.
Sesungguhnya Hidayah itu milik Allah Yang Maha Mengasihani.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Yang Benar
San Shaf
Thanks for reading.